Tuesday, 6 January 2015

JANUARI....here we come

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera alam....




Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua pembaca blog MYSYAMIENA.BLOGSPOT.COM..... Semoga kehadiran tahun baru menjadikan kita lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... In syaa allah... Amiiin...

 Jika kita melihat pengakhiran 2014, banyak sangat musibah + bencana + dugaan + cabaran yang berlaku ke atas seluruh makhluk Allah (umumnya) dan rakyat Malaysia (khasnya)... Dengan kehilangan mereka-mereka yang tersayang samada di ruang udara, di lautan luas, di daratan dan di mana-mana sahaja. Apa yang dapat kita lakukan...??? Hanya mampu berdoa dan membantu serba sedikit samada bantuan fizikal mahupun psikologi kepada mereka yang memerlukan... Tetapi adakah kita sedar bahawasanya segala musibah yang berlaku adalah amaran dari Pencipta nya agar kita bangkit...tidak terus-menerus lalai dalam mencari keredhaan-Nya... Subhanallah...

Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit kata-kata Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus :

" Kita melangkah ke TAHUN BARU, bermakna ajal kita semakin hampir... RASULULLAH S.A.W menyatakan bahawa orang cerdik adalah orang yang banyak mengingati KEMATIAN... Semoga kita bertambah semangat untuk membaiki diri. Bertambah kesungguhan untuk jujur dalam setiap urusan. Bertabah kuat menunaikan AMANAH.. Yakin semuanya akan dinilai selepas mati "

Jom kita renungi... Selamat Beramal...