SEBELUM HADIRNYA BAHAGIA...

Debaran kian terasa.... Semakin menghitung hari, semakin berdebar jantung ini... Tetapi apa yang paling mendebarkan...kian hampir pada hari bahagia, mendapat berita yang tidak di sangka-sangka itu.. 

(tetiba bergenang air mata)

Ibu ku jatuh sakit sebulan sebelum majlis. Ibu memang ada darah tinggi dan kencing manis. Pada tarikh itu, adikku kata ibu pening kepala dan mata x berapa nampak. Mungkin disebabkan kolestrol dalam salur darah telah menyumbatkan saluran mata ibu.

Empat minggu sebelum majlis….

Dapat panggilan telefon dari adik, katanya ibu masuk hospital… sakit kepala dan muntah-muntah selepas makan… Tanpa berfikir panjang, terus ambil cuti half-day dan balik ke kuantan…

Tiga minggu sebelum majlis…

Sejak ibu dimaksukan ke hospital, ibu terus tidak sedarkan diri… kami adik-beradik bergilir2 melawat ibu di Hospital Pakar Kuantan… kata doctor, ibu kena "mild strok"… harapan untuk ibu sedar sangat tipis… Ini bermakna ibu xkan melihat aku naik pelamin… ya allah… Sungguh pilu rasasanya… 
Dulu ibu la yang beriya2 nk suruh aku kawin cepat… nk tgk aku atas pelamin… Kini bila aku baru nk memenuhi impian ibu, ibu pula begini…

(berhenti kejap 10 saat, mengesat air mata yang kian laju berguguran)…

Tanggal 22 Januari 2013, aku bersama tunangku (kini menjadi suamiku) adalah orang terakhir yang datang melawat ibu. Suamiku sempat membacakan surah yaasin dihadapan ibu. Beberapa minit kemudian, abang iparku masuk dan doctor menasihatkan supaya memberitahu ahli keluarga lain supaya datang ke hospital. Ya Allah…kuat kah aku untuk menelefon mereka…??

Beberapa minit kemudian, ibu telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan aku, suami dan abang rahman (abang ipar)… Walaupun aku sangat2 sedih di saat melihat situasi tersebut, tetapi aku sangat bersyukur kepadamu ya Allah kerana abang rahman  tidak putus2 meniupkan kata syahadah di tepi telinga  ibu di samping suamiku terus mengalunkan surah yasin di depan jasad ibu sehingga ke saat mesin bantuan pernafasan menunjukkan digit "0"... Saat itu, baru la aku sedar bahawa aku telah kehilangan ibu… 

(air mata berguguran lagi)…

No comments:

Post a Comment